August 31, 2009

Salam Kemerdekaan

Salam Ukhwah

memandangkan beberapa hari (minggu lalu), Blog ini sering kali tidak di update, ekoran ada beberapa masalah teknikal dan juga kelemahan daripada pihak pengurusan.

Keadaan ini menyebabkan SCH UKM tidak sempat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada para Ahli dan Alumni SCH UKM serta para pengunjung blog ini.

Kali ini, pihak pengurusan cuba memasukkan unsur berkaitan dengan kemerdekaan negara bagi menghayati dan memperingati perjuangan Ustaz Hanafi dalam Arena politik Tanah Air.





Ustaz Hanafi dan Perjuangannya
Erti Kemerdekaan



Allahyarham ustaz Hanafi meminati dua perkara dalam hidupnya iaitu pertama ialah ilmu agama dan keduanya ialah ilmu mempertahankan diri. Ustaz Hanafi memegang jawatan sebagai Guru Utama silat cekak bermula tahun 1965 sehingga 1986 selama 21 tahun. Beliau banyak berguru dengan tokoh agama. Salah satunya beliau pernah mempelajari ilmu tauhid tentang hakikat ketuhanan daripada Lebai Haji Zain bin Abdul Rahman. Beliau juga banyak mempelajari ilmu persilatan lain seperti Silat Kuntau, Silat Sendeng, Kuntau Jawa dan Silat Gayung Fatani sebelum menubuhkan Silat Cekak ini.

Di samping ilmu agama dan ilmu persilatan,beliau juga cenderung kepada politik dan seorang nasionalis Melayu Muslim. Buktinya adalah beliau pernah bergiat aktif dalam bidang politik dalam tahun 60-an dan pernah menganggotai Parti Seberkas dan Parti Negara.

Allahyarham Ustaz Hanafi semasa hidupnya merupakan salah seorang yang rapat dengan Dato’Onn yang juga salah seorang tokoh pemimpin negara yang amat berjasa terhadap negara. Ustaz Hanafi menceritakan bahawa beliau banyak menyaksikan betapa gigihnya usaha Dato’Onn dalam menuntut kemerdekaan negara.

Beliau juga sentiasa menyokong penuh usaha Dato’ Onn. Buktinya ialah beliau merupakan salah seorang yang menyertai Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn ketika itu. Beliau menceritakan walaupun Dato’ Onn belajar di sekolah Inggeris dan melanjutkan pelajarannya di luar negeri, namun semangat kemelayuan sangat menebal dalam dirinya. Dato Onn juga banyak mengetahui tentang taktik dan muslihat orang putih yang sentiasa mahu menjajah Tanah Melayu demi kepentingan mereka. Ini berdasarkan pergaulannya dan pengalamannya berurusan dengan orang Inggeris.

Ustaz Hanafi juga pernah mengatakan beliau juga turut melihat betapa sukarnya usaha Dato’ Onn untuk menyatupadukan kaum Melayu, Cina dan India, tiga kaum terbesar ketika itu. Semasa bergiat aktif dalam UMNO, Dato’ Onn pernah mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada kaum lain selain Melayu. Tujuan beliau amat murni iaitu mahu semua kaum bersatu dan bersepakat untuk menuntut kemerdekaan negara. Hal Ini kerana salah satu syarat yang dikenakan British sebelum memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu adalah semua kaum perlu bersatu dahulu.

Namun begitu, niat murni telah disalah ertikan dan beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Walaupun begitu beliau tidak berputus asa dan kemudian, beliau telah membawa haluan tersendiri iaitu dengan menubuhkan Parti Negara dan bersatu dengan parti lain iaitu UMNO, MCA dan MIC bagi menuntut kemerdekaan.

Tujuan utama Ustaz Hanafi menubuhkan silat cekak ini adalah untuk mendaulatkan silat Melayu yang benar-benar asli dan menentang segala ilmu tahyul dan khurafat dalam silat Melayu.

Terdapat banyak maksud merdeka. Salah satunya ialah kebebasan. Beliau menjelaskan dalam hidup ini tiada kebebasan yang mutlak kerana semua yang berlaku ada batasannya dan tertakluk kepada hukum Tuhan yang menciptakan makhluk-Nya

Terdapat dua hukum Allah yang harus diakui dan dipatuhi. Pertamanya ialah hukum alam (nature) iaitu sunnatullah. Semua kejadian yang berlaku telah diatur oleh Allah seperti kejadian siang dan malam dan peredaran planet mengikut orbitnya. Seterusnya adalah hukum akal. Allah telah menciptakan manusia istimewa daripada makhluk yang lain dengan dikurniakan akal fikiran agar dapat membezakan yang baik dan buruk tanpa melampaui batas yang telah ditentukan-Nya.

Salah satu erti merdeka yang sebenarnya adalah apabila kita sampai di suatu tahap, kita hanya bergantung hati sepenuhnya kepada Allah. Sekiranya kita bergantung pada harta, harta akan habis, jika bergantung pada pangkat dan nama tidak akan kekal namun jika kita bergantung kepada Allah, Dialah yang kekal selamanya dan berkuasa di atas segalanya.

Berdasarkan sedikit penerangan tersebut, diharap dapat dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada para ahli mengenai sejarah silat cekak dan erti kata kemerdekaan yang sebenarnya. Para ahli sebagai peneraju bangsa dan negara juga dinasihatkan agar sentiasa menghargai kemerdekaan dan terus berusaha mempertahankannya. Selain itu niat untuk menyertai silat perlu betul iaitu untuk menjaga keselamatan diri seperti yang dianjurkan oleh agama bukan untuk pergaduhan dan sebagainya di samping memelihara warisan bangsa Melayu.

Begitulah perjuangan yang dibawa oleh Ustaz Hanafi dalam arena politik. sesungguhnya jasa dan pengorbanannya tidak dapat ditandingi..



**berdasarkan ceramah yang di sampaikan oleh
Tn. Haji Amrahi Buang
Di UKM



Ditulis kembali oleh: Nor Saidah

August 16, 2009

Video Demo Arena Pendekar



Video Demo Pesta Konvo (Arena Pendekar)

August 14, 2009

Arena Pendekar Pesta Konvo ke 37

Pesta Konvo ke 37 akan menyaksiakan persembahan daripada pesilat-pesilat UKM. pentas pendekar dari UKM dikenali sebagai Arena Pendekar.


Saksikanlah Arena Pendekar UKM

15 Ogos 2009 (Sabtu)
9.00-12.00 tengah hari
Dewan Gemilang


datanglah beramai-ramai untuk menyaksikannya...


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management