July 14, 2010

Assalamualaikum dan Selamat datang kepada semua pelajar ke UKM terutama sekali untuk pelajar-pelajar baru bagi meneruskan sesi pengajian .Selamat maju jaya buat semua..Semoga dengan kehadiran semester baru ini,dapat dijadikan landasan untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna lagi.InsyaAllah.Sememangnya tidak dinafikan bukan mudah untuk mencapai dan mencipta sebuah kejayaan,namun berbekalkan keikhlasan dan usaha yang gigih,tidak mustahil untuk mencapainya.Apa yang penting sekali kita perlu ada keinginan dan kemahuan yang tinggi.Tanpa kemahuan yang tinggi,bagaimana kita hendak membina semangat dan usaha serta seterusnya merealisasikan kejayaan.Di samping kemahuan dan usaha,tidak dilupakan juga doa dan tawakal.Sesunggunya doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin.Jangan sekali-kali kita terlupa untuk berdoa kerana doa itu juga adalah tanda kita sentiasa mengingati Allah dan mensyukuri nikmatNya.

Untuk makluman semua ahli persatuan silat cekak hanafi Ukm,latihan silat akan bermula pada:
HARI :Rabu
TARIKH :14 Julai 2010
MASA :9 malam
TEMPAT :Di Gelanggang Sepak Takraw(Tempat biasa).

Diharapkan semua dapat menghadirkan diri bagi meneruskan lagi sesi pembelajaran dan latihan..dan akhir kalam selamat maju jaya dan jadikan semester yang baru ini sebagai landasan yang benar bagi mencari kebahagian yang hakiki...insyaAllah...wassalam...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management