August 30, 2010

SALAM RAMADAN DAN SALAM KEMERDEKAAN


MERDEKAKAN JIWA DAN RAGA KITA KERANA ALLAH. FAHAMILAH ERTI KEMERDEKAAN YANG SEBENAR-BENARNYA.

August 29, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ALUMNI

Assalamualaikum....

Salam ramadan dan salam perjuangan..Selamat meneruskan perjuangan dalam meghadapi baki ramadan yang sedikit ini ini.Marilah kita berlumba-lumba mendapat dan mengejar pahala kebaikan daripada Allah.

Alhamdulillah pada 19/8/2010 yang lepas, kami di barisan pimpinan Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM telah berjaya mengadakan satu majlis berbuka puasa bagi ahli persatuan bersama-sama dengan Alumni silat cekak. majlis itu berjaya dilansung dengan jayanya yang bertempat di PMFST.
Rajin sungguh pelajar perempuan menyediakan juadah berbuka



"Bersatu teguh bercerai roboh"



YDP pun boleh buat air. bagus2x..pemimpin contoh




Banyaknya makanan. cabaran betul lah .




Terima kasih yg tak terhingga kepada alumni.lain kali dtng lg.




Rancak betul alumni-alumni berbual. ukhwah yang mantop.




posing sekejap. sambil tunggu waktu berbuka.


Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Ex ydp iaitu saudara Abdul Rahman . Beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas berlangsungnya majlis ini. Selepas itu bacaan Doa selamat dan berbuka dibacakan oleh Exco sukan iaitu Saudara Abdus Salam. Dan semua menjamu selera dengan meriahnya.
Selepas siap menjamu selera, majlis berbuka ini diteruskan lagi dengan menunaikan sembahyang magrib di surau fst. Apabila siap, kami berkumpul semula di tempat asal untuk mendengar ucapan dan pesanan dari wakil alumni dan tenaga pengajar iaitu en.Roslan. Dengan penuh harapan beliau berharap yang kami dapat meneruskan komitmen dalam silat. Di akhir majlis, ydp Persataun Silat Cekak Hanafi iaitu Azani telah memberi sedikit ucapan dan majlis bersurai...





"SELAMAT MAJU JAYA"

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management