November 01, 2011

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN SESI 2011/2012

Bagi membuka lembaran sem ini, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM telah mengadakan pameran pada 19.09-23.09.2011 d Pusanika bgi pengambilan ahli baru.Alhmdlh sambutan ke booth pameran n penyertaan ahli bru pade sem ini amat mengalakkan krn bkn shaje pelajar thun 1 yg mndaftar trmasuk juga pelajar thun 2 n thun 3....Diharap PSSCUHUKM pd sem ini akn lebih meriah dgn kemasukan ramai ahli2 bru..



                                                      papan pameran cekak hanafi ukm





meja pendaftaran
 
 
daftar beramai2 bru lh best



semangat nmpak bang daftar...hehe
bgus2 pilihan utk daftar kt cni mmg tepat





 

October 28, 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN..

Kami di barisan pimpinan persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaaan. semoga kita semua dapat menjawab exam dengan tenang...usaha yang teguh mestilah diiringi dengan bertawakal kepadaNya..insyaAllah kita semua akan berjaya...



















SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT BERUSAHA..

INTEGRASI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UKM-UNISZA

Alamdulillah dapat lagi saya coretkan secara ringkas di ruangan blog persatuan ini. mungkin sudah lama ianya di biarkan tidak bercoret. syukur kehadratNya kerana dengan limpah izinnya kami dari barisan persatuan seni Silat Cekak HanafiUKM telah berjaya mengadakan satu jalinan bersama pihak UNISZA.

Program ini telah berlangsung pada 8,9,10 oktober 2010 yang lepas bertempat di UNISZA di Terengganu. Program ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan sesama ahli silat cekak di UKM dan  UNISZA. di ucapkan sekalung tahniah kepada mereka-mereka yang terbabit khususnya kepada pengarah program iaitu saudara Amirul. 
bergambar kenangan.
ketika berada didalam bas...

walau dimana, silat tetap dipraktis.

ni gaya bergambar fesyen baru.hehe

khusuk mendengar amanah dari pihak UNISZA
amboi2x..sempat lagi ydp dan pengarah program bergambar..
ni lah perwira-perwira silat cekak Ustaz hanafi...
Semoga program yang telah dijalankan ini memberi seribu makna kepada kami khusunya kepada silat yang kami sayangi ini. dan di harapkan semoga akan di adakan lagi program-program ini bagi mengukuhkan ukhwah yang sedia ada di samping memantapkan jalinan dengan ahli-ahli silat yang lain..

October 06, 2010

Kursus induksi kepimpinan dan majlis raya bersama alumni

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinya, dapat lagi saya peluang untuk mencoretkan serba sedikit tentang majlis dan aktiviti yang di adakan oleh persatuan. maaf di pinta sekiranya banyak aktiviti-aktiviti yang tidak di update dari semasa ke semasa...

Sabtu yang lepas iaitu pada 2 oktober 2010, kami telah mengadakan satu majlis iaitu kursus induksi kepimpinan dan majlis raya bersama alumni. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyertai majlis itu dan ucapan ribuan terima kasih juga di berikan kepada barisan alumni yang sudi meluangkan sedikit masa untuk memberikan serba sedikit ilmu dan maklumat dalam berpersatuan kepada kami semua.


Majlis di mulai dengan semua exco dan ajk saling bantu menbantu untuk menyediakan dan menyiapkan makanan. 
berhati2..takut hancur kek.....
jom praktik buah potong...hehe

Apabila semua sudah tersedia, kira-kira dalan pukul 12.00, majlis induksi bersama alumni bermula. para alumni memceritakan pengalaman mereka bagaimana hendak berorganisasi dalam persatuan dengan betul. Banyak ilmu yang berguna yang telah di curahkan kepada kami untuk menaikkan semangat kami dalam berpersatuan.

barisan alumni yang di hormati

ucapan alu-aluan dari ydp persatuan
Selepas itu, majlis di teruskan lagi dengan sedikit jamuan raya yang telah di sediakan oleh pihak ajk program. Di samping menjamu selera, kami mengambil peluang untuk mengenali barisan alumni2 dengan lebih dekat.
sedikit jamuan yang di sediakan

jom borak sambil makan..tak kenal maka tak cinta..

kira-kira jam 2.00, majlis bersurai. di harapkan program ini dapat memberi serba sedikit ilmu dan pengetahuan kepada barisan exco dan ajk.

wassalam....


August 30, 2010

SALAM RAMADAN DAN SALAM KEMERDEKAAN


MERDEKAKAN JIWA DAN RAGA KITA KERANA ALLAH. FAHAMILAH ERTI KEMERDEKAAN YANG SEBENAR-BENARNYA.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management