October 06, 2010

Kursus induksi kepimpinan dan majlis raya bersama alumni

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinya, dapat lagi saya peluang untuk mencoretkan serba sedikit tentang majlis dan aktiviti yang di adakan oleh persatuan. maaf di pinta sekiranya banyak aktiviti-aktiviti yang tidak di update dari semasa ke semasa...

Sabtu yang lepas iaitu pada 2 oktober 2010, kami telah mengadakan satu majlis iaitu kursus induksi kepimpinan dan majlis raya bersama alumni. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyertai majlis itu dan ucapan ribuan terima kasih juga di berikan kepada barisan alumni yang sudi meluangkan sedikit masa untuk memberikan serba sedikit ilmu dan maklumat dalam berpersatuan kepada kami semua.


Majlis di mulai dengan semua exco dan ajk saling bantu menbantu untuk menyediakan dan menyiapkan makanan. 
berhati2..takut hancur kek.....
jom praktik buah potong...hehe

Apabila semua sudah tersedia, kira-kira dalan pukul 12.00, majlis induksi bersama alumni bermula. para alumni memceritakan pengalaman mereka bagaimana hendak berorganisasi dalam persatuan dengan betul. Banyak ilmu yang berguna yang telah di curahkan kepada kami untuk menaikkan semangat kami dalam berpersatuan.

barisan alumni yang di hormati

ucapan alu-aluan dari ydp persatuan
Selepas itu, majlis di teruskan lagi dengan sedikit jamuan raya yang telah di sediakan oleh pihak ajk program. Di samping menjamu selera, kami mengambil peluang untuk mengenali barisan alumni2 dengan lebih dekat.
sedikit jamuan yang di sediakan

jom borak sambil makan..tak kenal maka tak cinta..

kira-kira jam 2.00, majlis bersurai. di harapkan program ini dapat memberi serba sedikit ilmu dan pengetahuan kepada barisan exco dan ajk.

wassalam....


1 komen dari....:

sarah said...

nyummy2x..bestnye

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management