December 26, 2009

Kelas Latihan Silat akan bermula

Salam Kembali...

Setelah mengambil cuti yang panjang, kini UKM telah membuka semula semester. begitu juga dengan Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM juga akan memulakan kelas latihan seperti jadual asal.

kelas Latihan Silat Cekak Hanafi akan di adakan seperti berikut:

Hari: Isnin dan Rabu
Masa : 9.00 Malam
Tempat: GelanggangTakraw Dato' Onn
(tempat biasa)


Jika hujan, kelas latihan akan dipindahkan ke Pusanika.

oleh yang demikian, semua pelajar Ko-k di wajibkan hadir. bagi ahli2 SCH UKM, anda juga digalakkan mengikuti kelas Silat Cekak Hanafi UKM.

sekian, Harap Maklum.

December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM dengan ini mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1431. sempena tahun baru yang mendatang ini, penuhilah dengan amalan-amalan yang bermanafaat dan jadikanlah tahun ini sebagai hijrah yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

bersama-sama kita penuhi jadual kelas silat dan juga aktiviti persatuan pada masa akan datang.

semoga tahun ini mendapat keberkatan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.


"Hijrah Pemangkin Peradaban Ummah"

October 24, 2009

Gambar Persembahan Ko-K

berikut merupakan Gambar2 persembahan Ko-k pada 23hb Oktober 2009


Persembahan Ko-Kurikulum Silat Cekak Hanafi

Salam Sejahtera

Sebuah Perjuang Silat Cekak Hanafi : Halangan Bukan Alasan Kejayaan




23hb Okt 2009, menjadi tarikh keramat bagi pelajar Ko-k Silat Cekak Hanafi UKM apabila mereka dengan jayanya telah melaksanakan persembahan Ko-k pada Minggu Menifestasi Seni UKM 22-24 Okt 2009. sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakannya.

kejayaan yang dicapai oleh pelajar Ko-kurikulum tersebut adalah hasil usaha gigih dan semangat setia kawan yang ada pada diri mereka. kejayaan menghasilkan persembahan tersebut telah mendapat banyak pujian daripada pihak-pihak lain.

semoga semangat anda semua berterusan...

pada kesempatan ini, pihak persatuan inigin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester kepada semua pelajar dan Ahli Silat Cekak UKM.




Sekian...


"Hidup Cekak"



"Segerak, Senafas, Seudara"

October 18, 2009

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Akademi Silat Cekak Hanafi

Semalam Akademi Silat Cekak Hanafi menganjurkan Majlis Hari Raya di pejabat Akademi Silat Cekak Hanafi. Pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada para pengunjung...

di sni dapat dilihat beberapa gambar yang di ambil daripada majlis tersebut.





YDP sedang mengayam ketupat???




bila NYDP terjumpa rakan sejawatnnya......






kami menang lagi.....

September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Barisan EXCO dan ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan seperjuangan, ahli-ahli Silat Cekak UStaz Hanafi UKM, para Alumni SCH UKM, Ahli-ahli SCH dan Semua Pembaca Blog ini.

Salam Syawal, Salam Keberkatan

sekian...

September 05, 2009

Majlis berbuka puasa bersama ahli Silat Cekak Hanafi UKM







Pada 4 September 2009 bertempat di ruang makan Zar Bakery Pusanika UKM, ahli Persatuan Silat cekak Ustaz Hanafi UKM mengadakan jamuan berbuka puasa bagi mengumpulkan kembali ahli-ahli dan Exco SCH UKM. Kebanyakan mereka merupakan ahli tamat dan juga exco yang jarang bersama pada kelas latihan. Tujuan utama adalah untuk merapatkan kembali hubungan antara ahli persatuan ini. Majlis yang diadakan adalah secara kecil-kecilan, namun kegembiraan jelas terpancar kerana dapat bertemu sahabat handai.


Majlis tersebut berjalan dengan lancar, dengan pelbagai juadah yang disediakan sendiri oleh ahli-ahli SCH yang hadir.


Majlis ini merupakan satu platfom ke arah merapatkan lagi ukhwah sesama ahli SCH. persatuan dapat merangka lebih banyak program seperti ini yang sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli SCH. Alhamdullilah semua tetamu yang datang pulang dengan hati yang gembira.


Terima Kasih kepada yang sudi hadir....

August 31, 2009

Salam Kemerdekaan

Salam Ukhwah

memandangkan beberapa hari (minggu lalu), Blog ini sering kali tidak di update, ekoran ada beberapa masalah teknikal dan juga kelemahan daripada pihak pengurusan.

Keadaan ini menyebabkan SCH UKM tidak sempat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada para Ahli dan Alumni SCH UKM serta para pengunjung blog ini.

Kali ini, pihak pengurusan cuba memasukkan unsur berkaitan dengan kemerdekaan negara bagi menghayati dan memperingati perjuangan Ustaz Hanafi dalam Arena politik Tanah Air.





Ustaz Hanafi dan Perjuangannya
Erti Kemerdekaan



Allahyarham ustaz Hanafi meminati dua perkara dalam hidupnya iaitu pertama ialah ilmu agama dan keduanya ialah ilmu mempertahankan diri. Ustaz Hanafi memegang jawatan sebagai Guru Utama silat cekak bermula tahun 1965 sehingga 1986 selama 21 tahun. Beliau banyak berguru dengan tokoh agama. Salah satunya beliau pernah mempelajari ilmu tauhid tentang hakikat ketuhanan daripada Lebai Haji Zain bin Abdul Rahman. Beliau juga banyak mempelajari ilmu persilatan lain seperti Silat Kuntau, Silat Sendeng, Kuntau Jawa dan Silat Gayung Fatani sebelum menubuhkan Silat Cekak ini.

Di samping ilmu agama dan ilmu persilatan,beliau juga cenderung kepada politik dan seorang nasionalis Melayu Muslim. Buktinya adalah beliau pernah bergiat aktif dalam bidang politik dalam tahun 60-an dan pernah menganggotai Parti Seberkas dan Parti Negara.

Allahyarham Ustaz Hanafi semasa hidupnya merupakan salah seorang yang rapat dengan Dato’Onn yang juga salah seorang tokoh pemimpin negara yang amat berjasa terhadap negara. Ustaz Hanafi menceritakan bahawa beliau banyak menyaksikan betapa gigihnya usaha Dato’Onn dalam menuntut kemerdekaan negara.

Beliau juga sentiasa menyokong penuh usaha Dato’ Onn. Buktinya ialah beliau merupakan salah seorang yang menyertai Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn ketika itu. Beliau menceritakan walaupun Dato’ Onn belajar di sekolah Inggeris dan melanjutkan pelajarannya di luar negeri, namun semangat kemelayuan sangat menebal dalam dirinya. Dato Onn juga banyak mengetahui tentang taktik dan muslihat orang putih yang sentiasa mahu menjajah Tanah Melayu demi kepentingan mereka. Ini berdasarkan pergaulannya dan pengalamannya berurusan dengan orang Inggeris.

Ustaz Hanafi juga pernah mengatakan beliau juga turut melihat betapa sukarnya usaha Dato’ Onn untuk menyatupadukan kaum Melayu, Cina dan India, tiga kaum terbesar ketika itu. Semasa bergiat aktif dalam UMNO, Dato’ Onn pernah mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada kaum lain selain Melayu. Tujuan beliau amat murni iaitu mahu semua kaum bersatu dan bersepakat untuk menuntut kemerdekaan negara. Hal Ini kerana salah satu syarat yang dikenakan British sebelum memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu adalah semua kaum perlu bersatu dahulu.

Namun begitu, niat murni telah disalah ertikan dan beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Walaupun begitu beliau tidak berputus asa dan kemudian, beliau telah membawa haluan tersendiri iaitu dengan menubuhkan Parti Negara dan bersatu dengan parti lain iaitu UMNO, MCA dan MIC bagi menuntut kemerdekaan.

Tujuan utama Ustaz Hanafi menubuhkan silat cekak ini adalah untuk mendaulatkan silat Melayu yang benar-benar asli dan menentang segala ilmu tahyul dan khurafat dalam silat Melayu.

Terdapat banyak maksud merdeka. Salah satunya ialah kebebasan. Beliau menjelaskan dalam hidup ini tiada kebebasan yang mutlak kerana semua yang berlaku ada batasannya dan tertakluk kepada hukum Tuhan yang menciptakan makhluk-Nya

Terdapat dua hukum Allah yang harus diakui dan dipatuhi. Pertamanya ialah hukum alam (nature) iaitu sunnatullah. Semua kejadian yang berlaku telah diatur oleh Allah seperti kejadian siang dan malam dan peredaran planet mengikut orbitnya. Seterusnya adalah hukum akal. Allah telah menciptakan manusia istimewa daripada makhluk yang lain dengan dikurniakan akal fikiran agar dapat membezakan yang baik dan buruk tanpa melampaui batas yang telah ditentukan-Nya.

Salah satu erti merdeka yang sebenarnya adalah apabila kita sampai di suatu tahap, kita hanya bergantung hati sepenuhnya kepada Allah. Sekiranya kita bergantung pada harta, harta akan habis, jika bergantung pada pangkat dan nama tidak akan kekal namun jika kita bergantung kepada Allah, Dialah yang kekal selamanya dan berkuasa di atas segalanya.

Berdasarkan sedikit penerangan tersebut, diharap dapat dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada para ahli mengenai sejarah silat cekak dan erti kata kemerdekaan yang sebenarnya. Para ahli sebagai peneraju bangsa dan negara juga dinasihatkan agar sentiasa menghargai kemerdekaan dan terus berusaha mempertahankannya. Selain itu niat untuk menyertai silat perlu betul iaitu untuk menjaga keselamatan diri seperti yang dianjurkan oleh agama bukan untuk pergaduhan dan sebagainya di samping memelihara warisan bangsa Melayu.

Begitulah perjuangan yang dibawa oleh Ustaz Hanafi dalam arena politik. sesungguhnya jasa dan pengorbanannya tidak dapat ditandingi..



**berdasarkan ceramah yang di sampaikan oleh
Tn. Haji Amrahi Buang
Di UKM



Ditulis kembali oleh: Nor Saidah

August 16, 2009

Video Demo Arena Pendekar



Video Demo Pesta Konvo (Arena Pendekar)

August 14, 2009

Arena Pendekar Pesta Konvo ke 37

Pesta Konvo ke 37 akan menyaksiakan persembahan daripada pesilat-pesilat UKM. pentas pendekar dari UKM dikenali sebagai Arena Pendekar.


Saksikanlah Arena Pendekar UKM

15 Ogos 2009 (Sabtu)
9.00-12.00 tengah hari
Dewan Gemilang


datanglah beramai-ramai untuk menyaksikannya...


July 30, 2009

Berakhirnya Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi UKM 2009

Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Peringkat IPT dan Sekolah kali ke 12 (UKM '09) telah menutup tirai kejohanan. Kejohanan tersebut berlangsung dengan gilang gemilang dan juga turut membawa pelbagai penyertaan daripada IPT dan juga sekolah di seluruh negara.


Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan Wajadiri UKM '09



Keputusan Rasmi Wajadiri 2009


KEPUTUSAN BAGI PERINGKAT SEKOLAH BAHAGIAN WANITA

Bagi peringkat sekolah bahagian wanita penyertaan dikira sebagai persembahan sahaja kerana jumlah kontinjen yang menyertai tidak cukup untuk dipertandingkan.

Kategori 1 : Menangkis Serangan Pisau Wanita
SMK TASEK PERMAI, AMPANG DAN SMK SHEIKH ABDUL GHANI, BIDOR

Kategori 2: Menangkis Serangan Kaki Wanita
SMK TASEK PERMAI, AMPANG DAN SMK SHEIKH ABDUL GHANI, BIDOR

Kategori 3: Menangkis Serangan Tongkat Wanita
SMK TASEK PERMAI, AMPANG DAN SMK SHEIKH ABDUL GHANI, BIDOR

Kategori 4: Umum Kreatif Wanita
SMK SHEIKH ABDUL GHANI, BIDOR DAN SMK TASEK PERMAI, AMPANG

Kategori 5: Persembahan Di atas Papan Sekeping Wanita
SMK TASEK PERMAI, AMPANG DAN SMK SHEIKH ABDUL GHANI, BIDOR

Kategori 6: 6 Buah Jatuh (Khas) Wanita
SMK BIDOR



KEPUTUSAN BAGI PERINGKAT SEKOLAH BAHAGIAN LELAKI

Kategori 1: Menangkis Serangan Pisau Lelaki
Tempat ketiga SMK LA SALLE, BRICKFIELDS
Tempat Kedua SMK TASEK PERMAI
Johan bagi kategori ini SMK SHEIKH ABDUL GHANI, BIDOR

Kategori 2: Menangkis Serangan Kaki Lelaki
Tempat ketiga SMK TASEK PERMAI, AMPANG
Tempat Kedua SMK DESA KENCANA, LAHAT DATU
Johan bagi kategori ini SMK BIDOR

Kategori 3: Menangkis Serangan Tongkat Lelaki
Tempat ketiga SMK TASEK PERMAI
Tempat Kedua SMK BIDOR, PERAK
Johan bagi kategori ini SMK LA SALLE, BRICKFIELDS

Kategori 4: Umum Kreatif Lelaki
Tempat ketiga SMK LA SALLE BRICKFIELDS
Tempat Kedua SMK TASEK PERMAI
Johan bagi kategori ini SMK SHEIKH ABDUL GHANI, BIDOR

Kategori 5: Persembahan Di atas Papan Sekeping Lelaki
Tempat ketiga SMK BIDOR
Tempat Kedua SMK SHEIKH ABDUL GHANI, BIDOR
Johan bagi kategori ini SMK LA SALLE BRICKFIELDS

Kategori 6 : 6 Buah Jatuh (Khas) Lelaki
Tempat ketiga SMK SHEIKH ABDUL GHANI, BIDOR
Tempat Kedua SMK TAMAN KOSAS, AMPANG
Johan bagi kategori ini SMA IZZUDDIN SHAH, IPOH



KEPUTUSAN BAGI PERINGKAT IPT BAHAGIAN WANITA

Kategori 1: Menangkis Serangan Pisau Wanita
Tempat ketiga UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, GOMBAK
Tempat Kedua UNIVERSITI TENAGA NASIONAL, BANGI
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR

Kategori 2 : Menangkis Serangan Kaki Wanita
Tempat ketiga UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI
Tempat Kedua UNIVERSITI TENAGA NASIONAL, BANGI
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR

Kategori 3: Menangkis Serangan Tongkat Wanita
Tempat ketiga UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK
Tempat Kedua UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, GOMBAK

Kategori 4: Umum Kreatif Wanita
Tempat ketiga UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, GOMBAK
Tempat Kedua UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK
Johan bagi kategori ini KOLEJ POLY-TECH MARA, KUALA LUMPUR

Kategori 5: Persembahan Di atas Papan Sekeping Wanita
Tempat ketiga KOLEJ POLY-TECH MARA, KUALA LUMPUR
Tempat Kedua UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI TENAGA NASIONAL, BANGI

Kategori 6 : 6 Buah Jatuh (Khas) Wanita
Tempat ketiga KOLEJ POLY-TECH MARA, KUALA LUMPUR
Tempat Kedua UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, GOMBAK


KEPUTUSAN BAGI PERINGKAT IPT BAHAGIAN LELAKI

Kategori 1: Menangkis Serangan Pisau Lelaki
Tempat ketiga UNIVERSITI TENAGA NASIONAL, BANGI
Tempat Kedua UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR

Kategori 2: Menangkis Serangan Kaki Lelaki
Tempat ketiga UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, GOMBAK
Tempat Kedua UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR


Kategori 3: Menangkis Serangan Tongkat Lelaki
Tempat ketiga UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSI, SKUDAI
Tempat Kedua UNIVERSITI TENAGA NASIONAL, BANGI
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK

Kategori 4: Umum Kreatif Lelaki
Tempat ketiga UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSI, SKUDAI
Tempat Kedua UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK

Kategori 5: Persembahan Di atas Papan Sekeping Lelaki
Tempat ketiga KOLEJ POLY-TECH MARA, KUALA LUMPUR
Tempat Kedua UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR

Kategori 6 : 6 Buah Jatuh (Khas) Lelaki
Tempat ketiga UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, GOMBAK
Tempat Kedua UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR
Johan bagi kategori ini UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK



KEPUTUSAN BAGI PERINGKAT TERBUKA

DALAM KEJOHANAN KALI INI PENYERTAAN BAGI PERINGKAT TERBUKA ADALAH TERDIRI DARIPADA PESERTA LELAKI SAHAJA.


KATEGORI 7: MENANGKIS SERANGAN PISAU (TERBUKA)
Tempat Ketiga SMK DESA KENCANA
Tempat Kedua KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
Johan IBU PEJABAT

KATEGORI 8 : MENANGKIS SERANGAN KAKI (TERBUKA)
Tempat Ketiga SMK DESA KENCANA
Tempat Kedua IBU PEJABAT
Johan SMK TASEK PERMAI

KATEGORI 9: MENANGKIS SERANGAN TONGKAT (TERBUKA)
Tempat Ketiga SMK DESA KENCANA
Tempat Kedua IBU PEJABAT
Johan KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA



KEPUTUSAN JUARA KESELURUHAN

TIADA JUARA KESELURUHAN BAGI PERINGKAT SEKOLAH BAHAGIAN WANITA

JUARA KESELURUHAN PERINGKAT SEKOLAH BAHAGIAN LELAKI
SMK SHEIKH ABDUL GHANI, BIDOR

JUARA KESELURUHAN PERINGKAT IPT BAHAGIAN WANITA
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK

JUARA KESELURUHAN PERINGKAT IPT BAHAGIAN LELAKI
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, PERAK



Sumber : www.cekakhanafi.com

July 25, 2009

Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi

Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Nasional
Peringkat IPT dan Sekolah
Kali ke 12
UKM 2009



Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi. Kejohanan tersebut akan melibatkan beberapa IPT dan sekolah Mengenah seluruh negara.

Kejohanan Wajadiri akan berlangsung di UKM pada 26 Julai 2009 bermula dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.



Sekian makluman.



July 20, 2009

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) di adakan pada 20 hingga 24 Julai 2009. Pameran dan pengambilan Ahli Baru di adakan di Gerai Silat Cekak Hanafi UKM.

Gerai Silat Cekak Hanafi boleh dikunjungi :

Tarikh : 20 hingga 24 Julai 2009
Pada : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat :Aras 4, Bangunan Pusanika

Pendaftaran sebagai ahli baru/lama silat Cekak Hanafi turut diadakan.

Sebarang Pertanyaan boleh diajukan kepada:

Rahman : 013 2904214
Fathi : 017 9011043
Faiz Fathi : 013 2220184
Khairunisa : 017 2680428
Azani : 017 5926447


**daftarlah Sebagai Ahli Silat Cekak Hanafi UKM**

July 13, 2009

Kelas Latihan Silat

Kelas Latihan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM akan diadakan seperti berikut:

ISNIN dan RABU
9.00 malam
Gelanggang Takraw Dato Onn


**Kelas Latihan Silat akan bermula pada 13 Julai 2009


April 28, 2009

Kebenaran bukannya pada kuantiti

kebenaran bukannya terletak pada kuantiti atau jumlah orang yang mengiyakannya..

untuk keterengan lanjut, klik di sini...

April 25, 2009

Notis Dari MMK




Pihak MMK telah mengeluarkan notis berkenaan dengan kedudukan semasa Persatuan....

klik di sini
untuk keterangan lanjut.

April 23, 2009

Sesi Penggambaran Gaya Hidup Cekak Hanafi

Salam alik...

satu sessi Penggambaran berkenaan gaya hidup sehat Silat Cekak Hanafi. Sessi Pengambaran akan diadakan pada:

Tarikh : 26 April 2009 (Ahad)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Pejabat Akademi Silat Cekak Hanafi


Sekiranya ahli-ahli persatuan yang berminat untuk menyertainya, sila berhubung dengan pihak persatuan.

sekian...

"Segerak, Senafas, Seudara"

April 14, 2009

Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir!

Kepada Ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM, pihak persatuan ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya dalam Peperiksaan akhir Semester ini. semoga dapat menjawab dengan tenang.

Ingat, semasa menjawab soalan peperiksaan, gunakan fikiran yang waras dan hati yang tenang bagi menilai sesuatu jawapan.

semoga berjaya!

Salam Hormat...

April 11, 2009

Demo PKNS, Bangi

Pihak Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi Bandar Baru Bangi akan mengadakan demostrasi dan pengambilan ahli baru (PAB). Program itu akan di adakan seperti berikut:

Tarikh : 11 April 2009
Masa : 2.00 Petang & 6.00 Petang
Tempat : PKNS Bangi


Pihak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM juga mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama pihak anda untuk melihat persembahan yang akan diadakan.

sekian makluman.

April 07, 2009

Demo Simulasi Ko-k

Bagi pelajar-pelajar ko-k, anda diwajibkan mengadakan persembahan Demo untuk simulasi Ko-k yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 10 April 2009 (Jumaat)
Masa: 2.15 Petang
Tempat : Pusanika, UKM

Semua pelajar Ko-K diwajibkan menyertainya. latihan akan diadakan pada 7 & 9 April bertempat di Pusanika, Aras Kafeteria pada jam 9.00 malam.

pelajar-pelajar persatuan juga digalakkan untuk hadir bagi menjayakannya.

sekian makluman.

Majlis Ijazah Tamat

Sukacita dimaklumkan kepada Ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM, majlis Ijazah Tamat akan diadakan pada :

Tarikh : 8 April 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : PLBBB (Rumah Persatuan, Bangi)

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan wakil-wakil persatuan sekian makluman.


April 04, 2009

Salam alaik..
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan hidayahNya..
Ini kali pertama ana submit post di blog PSSCUHUKM ini..
Tahniah buat barisan exco yang baru..
Diharapkan anda dapat memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk persatuan..
Jadikan tanggungjawab sebagai amanah..
Jadikan amanah sebagai tanggungjawab..
Setiap pemimpin akan dipersoalkan atas apa yang pernah dipimpinnya..
Andai baik matlamat dan perjuangan pimpinannya..
Balasan baik bakal menjadi hadiah kemenangan..
Andai kita belot dan lari dari perjuangan..
Nantikan pembalasan yang setimpal dengan tindakan kita..
Kita berjuang kerana Allah, bukan kerana diri sendiri atau manusia lain..
Semangat perjuangan perlu digembeleng bersama..
Sebentar tadi ana dihubungi oleh En.Zesdyzar yg sedang berada di London..
Beliau menyatakan kesediaan untuk menempah meja untuk makan malam selingkar kasih..
Ana terkedu seketika dan sangat terharu..
Bagaimana seorang yang berada di UK boleh menyatakan komitmen yang padu kpd perjuangan..
Sedangkan ahli dan exco PSSCUHUKM sendiri masih longlai dan tiada komitmen jitu..
Bangunlah wahai exco-exco dan ahli PSSCUHUKM semuanya!!
Sedarlah bahawa anda sedang diperhatikan..
Diperhatikan oleh Sang Pencipta akan keikhlasan anda untuk berjuang..
Jadikan semangat Alumni ini sebagai tonik kekuatan untuk kita bangkit..
Kita mampu bangun dan mampu mencipta kegemilangan..
Hanya alasan dan kelemahan kita yang menjadi penghalang..
Oleh itu, sama-samalah kita berjuang..
Demi kedaulatan bangsa,agama dan negara..
Moga matlamat perjuangan kita senantiasa dipelihara oleh Allah s.w.t
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

April 02, 2009

AGM: Peneraju PSSCUHUKM sesi 2009/2010

AGM yang dilangsungkan pada 1 April 2009 telah melahirkan beberapa orang tokoh baru dalam perjuangan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM. Tokoh-tokoh baru itulah yang bakal menjadi penggerak dalam perjuagan Silat Cekak Hanafi UKM. dengan adanya EXCO-EXCO baru SCH UKM, maka perjuangan juga perlu diteruskan sebagai penerus kepada perjuangan SCH yang terdahulu. Hidup Cekak Kerana Perjuangan!!

kita bersilat bukan semata-mata kerana silat, kita bersilat kerana agama,
kita bersilat bukan semata-mata kerana silat, kita bersilat kerana Allah.

Semoga EXCO-EXCO baru dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna. bagi yang tidak dilantik, marilah bersama-sama berjuang dalam perjuangan seni silat cekak ini. Gerak itu hidup.

Ahli Jawatankuasa baru Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM

Yang Di Pertua
ABDUL RAHMAN ABDULLAH @ ATAN

Naib Yang Di Pertua
MUHAMMAD FATHI ADHA MUHAMMAD FARID

Setiausaha Agung
MUHAMMAD FAIZ FATHI ASMORI

Bendahari Agung
KHAIRUNNISA SHAZALI

SU Latihan
ABDUL BASIT RABBANI ABDULLAH

SU Kebajikan dan Perhubungan
SITI HAIDAH MOHD IJAM

SU Penerangan dan Penerbitan
SITI SARAH AHMAD RUSLI

SU Sukan
MUHAMMAD HAFIZAN ABDUL RAHIM

SU Bahagian Hal Ehwal Wanita
FATIN SYAZANA JAMALUDIN

SU Pendidikan
NAJIHAH RAHMAN @ ABDUL RAHMAN



Gerak itu hidup!!

Perjuangan bersama Silat Cekak Hanafi

March 29, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan PSSCUH UKM

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 1 April 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : DK 111F, Bangunan Fizik, FST, UKM
Perasmi: Tn. Hj. Amruddin Hj Buang

Semua Ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

March 28, 2009

Malam Persaudaraan Cekak Hanafi

Sukacita dimaklumkan bahawa PSSCUHM akan menganjurkan Majlis Malam Persaudaraan Cekak Hanafi (Majlis Makan Malam) seperti butir-butir di bawah :

Tarikh : 29 Mac 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 - 11.30 malam
Tempat : Dewan MPAJ, Taman Cempaka, Cheras
Tiket : RM15 seorang
Pakaian : Kemas
Warna Tema : Biru

Semua ahli SCH dijemput menyertai majlis yang tersebut di atas. Sila hubungi En. Radzif (012-2733717) @ Pn. Saliha (017-2528721) untuk tempahan tiket.

lakaran peta ke tempat majlis klik di sini

March 23, 2009

Majlis MaulidurRasul

Majlis Maulidur Rasul Silat Cekak Hanafi Ibu Pejabat akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)

Masa : 7.00 mlm

Tempat : Akademi Silat Cekak Hanafi, Kg. Datuk Keramat

Pakaian : Baju Melayu/kurung

Aturcara :
- Solat Maghrib berjemaah
- Marhaban
- Solat Isyak berjemaah
- Ceramah Maulidur Rasul
- Jamuan

Semua ahli SCH dijemput hadir.

Lagu Rasmi

Lagu

"Peneraju Warisan Mutlak"

Penuh kesetiaan dan perpaduan
Kita junjung hasrat semua
Kepada guru, ibu dan bapa
Jasamu tetap dikenang

Kita menjaga keselamatan diri
Penuh semangat yang suci
Dengan asuhan jasmani dan rohani
Itulah amalan kami

Kita bersatu bicara benar
Tindak dengan bijaksana
Silat Cekak Ustaz Hanafi
Peneraju Warisan Mutlak

Kita berani dan beramanah
Mendukung wawasan mulia
Seni budaya pusaka kita
Untuk bangsa,agama dan negara

March 22, 2009

Lambang Persatuan

Lambang Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia










1)Bintang Pecahan 21
Kaedah pelajaran Silat Cekak Hanafi mengandungi 21 buah untuk mempertahankan diri.

2)Dua Bilah Parang Lading Bersilang
Senjata rasmi Silat Cekak Hanafi untuk mempertahankan diri.

3)Kalungan Padi
Menggambarkan amalan pengamal Silat Cekak Hanafi iaitu semakin berisi semakin tunduk.
Ia juga menggambarkan silat ini berasal dari masyarakat petani di negeri Kedah.

4)Tulisan Amad Muhamad Timbal Balik(Jawi)
Penekanan Silat Cekak Hanafi terhadap asuhan jasmani dan rohani dikalangan pengamalnya.

5)Sebilah keris
Melambangkan kedaulatan raja-raja Melayu, bangsa Melayu dan negara Malaysia

Pantun Silat Cekak

PANTUN SILAT CEKAK

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
Tidak bercampur hak luar negeri
Hendaklah belajar sesungguh hati
Untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggotanya
Hendaklah jujur pada jiwanya

Sebenar guru ada hakikat
Dikuat pula amalan syariat
Ditambah pula ilmu maarifat
Berpakaian pula dengan isyarat

Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya kepada kita
Kalau menderhaka bahaya menimpa
Di akhirat kita masuk neraka

Senjata Rasmi

PARANG LADING

  • Parang lading ialah senjata rasmi Silat Cekak Ustaz Hanafi
  • Parang ini pernah menjadi senjata penting kepada Panglima Negeri Kedah di zaman kesultanan Ahmad Tajuddin(1854-1879).
  • Senjata ini digunakan untuk mempertahankan diri dari pelbagai jenis serangan senjata tajam.
  • Senjata ini menjadi bukti yang jelas bahawa Silat Cekak Hanafi berasal dari negeri Kedah.
  • Parang ini mempunyai ukuran khas berdasarkan ukuran anggota si pemakai

Pembelajaran Silat Cekak Hanafi

Buah-Buah Silat

Terdapat 21 buah semuanya di dalam sistem pembelajaran Silat Cekak Hanafi.

Kaedah Asas

Kaedah A diilhamkan daripada gerakan doa.

Kaedah B diilhamkan daripada gerakan Qiam dalam sembahyang.

Kaedah C diilhamkan dari gerakan rukuk dalam sembahyang.

Kaedah D dilhamkan dari gerakan takbiratul ihram dalam sembahyang.

BUAH ASAS

BUAH JATUH

PELARI PISAU

BUAH POTONG

Di peringkat ini pengamal Silat Cekak Hanafi yang menyerang akan menang atau memotong kesemua buah-buah di peringkat JATUH.

ENAM TOLAK ENAM(6-6)
Di peringkat ini sesama pengamal tidak dapat menewaskan lawan masing-masing dan peringkat ini juga membuktikan pantang larang Silat Cekak Hanafi yang ke-4 secara praktikalnya.

BUAH SERANG
Konsep-Dikala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya. Tambahan pula sambil menyerang ia dapat menangkap.

BUAH UMUM
Pelajaran untuk mempertahankan diri dan menghadapi serangan dari bela diri luar dan senjata-senjata seperti pisau, tongkat, kaki dan sebagainya.

Proses Pembelajaran Silat Cekak Hanafi

PROSES PEMBELAJARAN

• Ijazah Pertama
• Pelajaran Kaedah A, B, C dan D
• Pelajaran Buah-buah ASAS
• Pelajaran Buah-buah JATUH
• Ijazah POTONG
• Pelajaran PELARI PISAU
• Pelajaran Buah-buah POTONG
• Ijazah TAMAT
• Pelajaran Buah ENAM TOLAK ENAM
• Pelajaran Buah SERANG
• Pelajaran Buah-buah UMUM
• Pelajaran Buah Siku Potong
• Pelajaran KEMAHIRAN
• Sijil Rendah Persilatan Silat Cekak Hanafi

Pembelajaran Silat Cekak Hanafi

SISTEM PEMBELAJARAN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI

Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli(tidak bercampur hak luar negeri) bukannya silat permainan atau Silat Olahraga. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berlandaskan fikiran sihat dan jiwa yang tenang dan bersesuaian dengan landasan agama islam. Lebih menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya melatih dengan keberanian dan bukan mengganas atau menceroboh. Silat Cekak Ustaz Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus(seperti berdiri sembahyang) dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak. Sebab hakikat Silat Cekak Ustaz Hanafi ialah Silat Gerak.

Yang paling istimewa dan ganjil sekali di dalam kaedah serangannya, dikala ia menyerang dan musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannnya.Tambahan pula sambil menyerang ia dapat menangkap.Pergerakan Silat Cekak menggunakan serta menumpang kekuatan musuh untuk menewaskannya. Oleh kerana ianya berasaskan pergerakan semulajadi manusia, silat ini dapat digunakan walaupun berada di tempat-tempat yang sempit seperti di dalam bas, lorong kecil atau di atas papan sekeping.

Guru Utama

EN. Marwi bin Latif

Latar Belakang

Dilahirkan pada 28 Disember 1946 di Kampung Baru Kuala Lumpur. Merupakan anak ke-4 dari 12 adik beradik. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Jalan Cochrane, Kuala Lumpur sekitar awal tahun 1960an.

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Jumilah Bt Omar dan kini dikurniakan 4 orang cahaya mata, 2 lelaki dan 2 perempuan.

Beliau merupakan seorang tokoh lama yang disegani dalam Silat Cekak.

Kefahaman mengenai hidup, persilatan dan didikan agama diperolehi dari Ustaz Hanafi b. Haji Ahmad sepanjang pergaulannya yang rapat bersama Allahyarham. Beliau seorang yang ramah, mudah didekati, sentiasa memberi kata-kata perangsang berdasarkan pengalamannya bersama Allahyarham Ustaz Hanafi dahulu.


Persilatan dan Persatuan

Beliau mula belajar Silat Cekak 35 tahun yang lalu setelah diijazahkan oleh Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad pada tahun 1972. Beliau merupakan Jurulatih sepenuh masa persatuan ini sejak lebih 30 tahun yang lalu sehinggalah dilantik menjadi Guru Utama pada 18 Mac 2007 oleh Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak Hanafi. Beliau berhijrah dari Kuala Lumpur ke Kuantan Pahang atas permintaan Ustaz Hanafi bagi meneruskan perkembangan Silat Cekak di negeri Pahang. Sejak tahun 1976 hingga sekarang, beliau menjadi wakil rasmi persatuan bagi mengembangkan Silat Cekak di bumi Pahang. Di peringkat negeri, beliau memegang jawatan Yang DiPertua Negeri Pahang dan juga Penyelia Persilatan bagi negeri Pahang sejak 1994 hingga 2005. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Seni Beladiri Pahang yang bernaung di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang sejak tahun 2005.

Sepanjang penglibatan beliau dengan Silat Cekak, beliau juga pernah mewakili Malaysia dalam acara Silat pada temasya Sukan SEA (SEA Games) ke-10 di Jakarta, Indonesia pada tahun 1979. Apabila Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) dan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) persatuan.

Pemimpin Agung

Y.M USTAZ HANAFI B. HAJI AHMAD


1)LATARBELAKANG

Dilahirkan di Kg. Sungai Baru, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah pada tahun 1923. Beliau berkelulusan darjah 4, Sekolah Melayu Kampung Gunung, Alor Setar. Mengaji pondok di kampung Alor Goncah, Mukim Gunung, Alor Setar dan Guar Cempedak, Gurun.

Berguru dengan Pak Ngah Shariff yang mahir dengan ilmu kepahlawanan, keagamaan dan ubat-ubatan. Berguru dengan Lebai haji Zain b. Abdul Rahman yang mengajar Kitab Hikam Ibni Ataillah (kitab tauhid) yang menjelaskan hakikat ketuhanan kepada Ustaz Hanafi. beliau berguru dan mengambil kembali Silat Cekak dari En. Yahya b. Said.

pada tahun 1947, beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Maimunah bt. Hj. Othman. Beliau dianugerahkan 6 orang cahayamata, 5 lelaki dan 1 perempuan.

Dalam bidang politik, beliau pernah menganggotai Parti Negara pimpinan Dato Onn Jaafar pada usia 25 Tahun dan beliau pernah bertanding kawasan pilihanraya Pulau Langkawi tahun 1959.

antara pengalaman kerja beliau ialah pernah bekerja sebagai Pegwai Zakat di pejabat Zakat Kedah, menjual kuih apam di Yala, Thailand.

Beliau merupakan pemimpin agung Silat Cekak Hanafi telah kembali kerahmatullah pada 13 Ogos 1986 di Kuala Lumpur.



2)KETOKOHAN

*Guru Utama Silat Cekak memimpin mulai 1965 hingga Ogos 1986.
*Nasionalis Melayu Muslim.
*Ahli Falsafah bijaksana.
*Pemimpin masyarakat.
*Ahli bahasa dan ahli budaya.
*Ahli perubatan tradisional.
*Ulama bertanggungjawab dan berperibadi mulia.



3)SEBAGAI ULAMA DAN PENDIDIK

*Fasih dalam bahasa arab.
*Seorang ulama yang berani menegur sesiapa sahaja terutama yang memandang jijik terhadap silat.
*Menekankan aspek berjasa kepada kedua ibu bapa.



4)SEBAGAI GURU SILAT

Terkenal dengan sifat berani tetapi tidak garang dan tidak sombong.
Sebelum berjumpa dengan Silat Cekak, beliau pernah mendalami ilmu persilatan lain seperti Silat Sendeng, Kuntau Jawa, Silat Gayung Fatani, Silat Terlak dan Kuntau Siam.
Beliau pernah menghadapi pelbagai cubaan membunuhnya seperti racun, perempuan dan sihir.
Beliau juga bersedia menerima, mendengar teguran dan pendapat dari anak murid.
Beliau mewujudkan Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak untuk mentadbir sistem pembelajaran silat.
Seorang yang boleh dibawa berbincang dan bermesyuarat, amat mudah menyesuaikan dirinya di dalam majlis-majlis seminar ataupun konvensyen.
Salah seorang yang bertanggungjawab merangka perlembagaan Persatuan Silat Kebangsaan iaitu PESAKA.
Beliau merupakan salah seorang pengasas PESAKA.
Beliau memperjuangkan silat bukan tujuan peribadi tetapi berjuang kerana agama, bangsa, dan negara.



5)SEBAGAI AHLI PERUBATAN TRADISIONAL

Pakar dalam ilmu perubatan tradisional seperti mengubati penyakit buasir dan lain-lain.



6)SEBAGAI AHLI FALSAFAH DAN AHLI BUDAYA

Terkenal dengan falsafah yang mempunyai erti mendalam.
Menghasilkan banyak kata-kata pedoman serta pesanan yang penuh hikmah seperti:-

1.Keluarkanlah isi akalmu, bukan isi perutmu.

2.Berpangkatlah kamu, jangan terpengaruh dengan pangkatmu.Berhartalah kamu, jangan terpengaruh dengan hartamu.Beristerilah(bersuamilah) kamu, jangan terpengaruh dengan isteri(suami) kamu.

3.Sedangkan anjing yang kelaparan bila diberi makan akan mengenali orang yang berjasa kepadanya,apatah lagi manusia sewajibnya mengenang jasa orang tuanya.

4.Kita jangan cepat luntur dalam usaha mencapai matlamat perjuangan. Sekiranya kita tidak berjaya, anak kita mencapainya.Jika tidak, cucu kita akan mencapainya. Dan berusahalah bersungguh-sungguh serta bergantung hati kepada Allah s.w.t.



7)SEBAGAI NASONALIS

Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Memperjuangkan budaya bangsa Melayu melalui silat.

Bergiat dalam bidang politik dalam tahun 40-an. Pernah memasuki Parti Seberkas dan Parti Negara.

Persilatan

PERSILATAN


LAMBANG PERSILATAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI




Tulisan jawi Ahmad Muhamad timbal balik yang membawa maksud menunjukkan asuhan jasmani dan rohani yang ditekankan kepada pengamalnya.

Warna biru gelap yang melambangkan ketahanan jasad dan jiwa yang menjadi amalan ahli silat ini.




PENGERTIAN MAKNA CEKAK

Makan Cekak
Kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjawab menjalankan tugas. Silat Cekak Hanafi adalah seni silat yang bertanggungjawab menjaga diri.

Cakak
Dalam bahasa Minangkabau bermaksud gaduh, boleh digunakan untuk menjaga keselamatan diri dalam pergaduhan.

Secekak
Bermaksud segenggam, Silat Cekak Hanafi mengajar intisari pelajaran silat sahaja dan bukannya cabang silat yang banyak(segantang).

Cekak
Dalam bahasa Jawa bermaksud ringkas.Sistem pembelajarannya serta pergerakannya adalah ringkas.

Cekak
Bermaksud pegangan iaitu silat ini mempunyai pendirian dan tujuan yang murni iaitu menjaga diri, agama dan bangsa dan bukan untuk bermegah-megah.



FALSAFAH PERSILATAN

"PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI"

Falsafah ini menerangkan keseluruhan pembelajaran dalam Silat Cekak Hanafi beerti sesama ahli Silat Cekak Hanafi setelah tamat pembelajaran tidak berdaya melawan sesama sendiri kerana kedua-duanya faham akan pelajaran silat.



NILAI-NILAI MURNI

a) Menanamkan semangat percayakan diri sendiri dimana kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri.

b) Menanamkan semangat untuk sentiasa mengenang dan membalas budi terutama kepada guru, ibu dan bapa.

c) Menganjurkan semangat setiakawan, perpaduan dan kekuatan berpasukan.

d) Menanamkan sifat-sifat keberanian, bercakap benar, beramanah dan bijaksana.


MATLAMAT UTAMA

* Untuk Mendaulatkan Silat Melayu yang benar-benar asli.

* Untuk membasmi dan menentang segala bentuk ilmu ghaib, tahyul dan khurafat yang sememangnya bercanggah dengan agama Islam.



PANTANG LARANG

Tidak boleh derhaka kepada guru.

Tidak boleh derhaka ibu.

Tidak boleh derhaka bapa.

Tidak boleh bergaduh sesama ahli Silat Cekak.

Tidak boleh mencaci Silat-silat Melayu asli yang lain walaupun rendah mutunya.

Pengenalan Kepada Pesatuan

Asal Usul Silat Cekak Hanafi

Diamalkan oleh keluarga diraja dan panglima-panglima kanan negeri Kedah di zaman Sultan Ahmad Tajuddin pada abad ke-19.

Panglima Ismail iaitu panglima kanan kerajaan negeri Kedah adalah guru Silat Cekak yang terawal dikesan daripada sejarah.

Dari Panglima Ismail, silat ini diturunkan kepada Panglima Tok Rashid.

Panglima Tok Rashid kemudiannya mengamanahkan silat kepada En. Yahya Said dengan amanat supaya menyerahkan kembai silat ini kepada anak cucunya dari Kedah.

YM Ustaz Hanafi Haji Ahmad mengambil kembali dan melahirkan semula silat ini dari En. Yahya Said pada 5 Ramadan 1385 iaitu 28 Disember 1965.

Seterusnya dipangku oleh En. Ishak Itam (pemangku jawatan guru utama) setelah Ustaz Hanafi meninggal dunia.

Silat Cekak kemudiannya diserahkan kepada En. Md. Radzi Haji Hanafi anak ke-4 Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad sebagai Guru Utama.

Pada tahun 2007, En. Marwi bin Latif menjadi Guru Utama Silat Cekak yang baru.



PERKEMBANGAN AWAL SILAT CEKAK

Silat Cekak pada mulanya bergerak dibawah Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah.

Ustaz Hanafi sebagai Ketua Saksi Seni Silat Perkumpulan Sri kedah melantik En. Yahya Said sebagai guru Silat Sri Kedah untuk mengajar Silat Cekak pada ahlinya, termasuklah Ustaz Hanafi.

Kelas pertama diadakan di rumah En. Shafie Darus di batu 4 3/4 Jalan Gunung, Alor Setar, Kedah.

Kelas kedua dibuka di Alor Merah kemudiannya berpindah ke Telok Wan Jah dan merupakan kelas terakhir En. Yahya Said menjadi guru dibawah anjuran Sri Kedah.

Selepas itu, En. Yahya said memberi mandat kepada Ustaz Hanafi menjadi guru.

Ustaz Hanafi berjaya membuka kelas Silat Cekak di Bukit Mertajam dan Sungai Petani pada tahun 1968/69.

Kelas silat pertama di buka di Kuala Lumpur di Kampung Bumi Putera, Kampung Datuk Keramat.

Pada mulanya Seni Silat Cekak bergerak melalui Persatuan Bawean Putra (1970) sehingga 19hb Ogos 1971. Dan seterusnya dikenali sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan beribu pejabat di No. 32, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru.

Mulai 21 Februari 1985, pergerakan Seni Silat Cekak telah beribu pejabat di Bangunan Silat Cekak di alamat Bangunan Silat Cekak, Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Dalam masa 40 hari selepas Ustaz hanafi meninggal dunia, pada 21hb September 1986, En. Ishak Itam telah diisytiharkan sebagai Guru Utama Seni Silat Cekak (pemangku).

En. Ishak Itam telah memangku jawatan Guru Utama Seni Silat Cekak selama 7 tahun sehingga pada 19 Mei 1993, Silat Cekak telah dikembalikan kepada En. Md. Radzi Haji Hanafi (Anak ke-4 Allahyarham Ustaz Hanafi Ahmad).

En. Md. Radzi Haji Hanafi diisytiharkan sebagai Guru Utama Silat Cekak pada 23hb Mei 1993.

Apabila En. Md. Radzi Haji Hanafi memegang jawatan Guru Utama pergerakan Silat Cekak telah didaftarkan dan ditubuhkan dibawah nama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz hanafi Malaysia pada 5hb Ogos 1994 dengan nombor pendaftaran 5592/94.

Kini pada 2007, jawatan Guru Utama Silat Cekak yang baru di sandang En. Marwi bin Latif setelah diisytiharkan pada 31 Mac 2007(dilantik badan tertinggi 18 Mac 2007).

Sehingga hari ini beribupejabat di Kompleks Sukan Kg. Datok Keramat.

March 20, 2009

Pengenalan Kepada PSSCUHUKM

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM (PSSCUHUKM) ditubuhkan sejak tahun 1976. kini PSSCUHUKM bernaung di bawah Urusetia ARTISUKMA UKM di bawah Pusat Kebudayaan UKM.

PSSCUHUKM mengadakan latihan pada setiap Isnin dan Rabu, jam 9.00 malam di gelanggan takraw depan Dato Onn.

sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pejabat Urusan PSSCUHUKM di Aras 2, Bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia.

March 18, 2009

Selamat Datang!

Ini merupakan blog Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM. Kepada semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM, sila tinggalkan comment anda dalam blog ini.

terima kasih..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management