July 14, 2010

Assalamualaikum dan Selamat datang kepada semua pelajar ke UKM terutama sekali untuk pelajar-pelajar baru bagi meneruskan sesi pengajian .Selamat maju jaya buat semua..Semoga dengan kehadiran semester baru ini,dapat dijadikan landasan untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna lagi.InsyaAllah.Sememangnya tidak dinafikan bukan mudah untuk mencapai dan mencipta sebuah kejayaan,namun berbekalkan keikhlasan dan usaha yang gigih,tidak mustahil untuk mencapainya.Apa yang penting sekali kita perlu ada keinginan dan kemahuan yang tinggi.Tanpa kemahuan yang tinggi,bagaimana kita hendak membina semangat dan usaha serta seterusnya merealisasikan kejayaan.Di samping kemahuan dan usaha,tidak dilupakan juga doa dan tawakal.Sesunggunya doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin.Jangan sekali-kali kita terlupa untuk berdoa kerana doa itu juga adalah tanda kita sentiasa mengingati Allah dan mensyukuri nikmatNya.

Untuk makluman semua ahli persatuan silat cekak hanafi Ukm,latihan silat akan bermula pada:
HARI :Rabu
TARIKH :14 Julai 2010
MASA :9 malam
TEMPAT :Di Gelanggang Sepak Takraw(Tempat biasa).

Diharapkan semua dapat menghadirkan diri bagi meneruskan lagi sesi pembelajaran dan latihan..dan akhir kalam selamat maju jaya dan jadikan semester yang baru ini sebagai landasan yang benar bagi mencari kebahagian yang hakiki...insyaAllah...wassalam...

March 20, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan sesi 2010/2011

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz hanafi UKM telah di adakan pada 19 Mac 2010. pelantikan EXCO baru bagi menggantikan EXCO lama yang sudah berbakti kepada Persatuan sejak dahulu lagi.

AGM tersebut telah melahirkan beberapa orang tokoh baru dalam perjuangan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM. Tokoh-tokoh baru itulah yang bakal menjadi penggerak dalam perjuagan Silat Cekak Hanafi UKM. Dengan adanya EXCO-EXCO baru SCH UKM, maka perjuangan juga perlu diteruskan sebagai penerus kepada perjuangan SCH yang terdahulu. Hidup Cekak Kerana Perjuangan!!

kita bersilat bukan semata-mata kerana silat, kita bersilat kerana agama,
kita bersilat bukan semata-mata kerana silat, kita bersilat kerana Allah.

Semoga EXCO-EXCO baru dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna. bagi yang tidak dilantik, marilah bersama-sama berjuang dalam perjuangan seni silat cekak ini. Gerak itu hidup.

Ahli Jawatankuasa baru Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM

Yang Di Pertua
MUHAMMAD AZANI BIN AHMED

Naib Yang Di Pertua
MUHAMMAD HAFIZAN ABDUL RAHIM

Setiausaha Agung
MOHD AMIR AL-HAFIY BIN MOHD YUSOF

Bendahari Agung
SITI SARAH AHMAD RUSLI

SU Latihan
MUHAMMAD KHALIS BIN ABAS

SU Kebajikan dan Perhubungan
SITI RAIHAN BT SEPIAN

SU Penerangan dan Penerbitan
SITI SAADAH BT MOHAMED

SU Sukan
MOHD ABDUSSALAM BIN YUSOFF

SU Bahagian Hal Ehwal Wanita
SITI NOR AFIQA BT ABDUL AZIZ

SU Pendidikan
MOHD SAIFUDDIN BIN NIK




Gerak itu hidup!!


Perjuangan bersama Silat Cekak Hanafi

March 09, 2010

Kembara Seni Artisukma UKM

Salam

ARTISUKMA UKM mengajurkan program Kembara Seni (Persembahan Santai) bermula pada Minggu ini, iaitu pada Isnin hingga Jumaat (8-12 Mac 2010), Setiap Persatuan dan kelab yang bernaung di bawah Artiskuma akan mengadakan persembahan. begitu juga dengan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM, yang bernaung di bawah ARTISUKMA UKM. program Kembara Seni ini merupakan buat pertama kalinya di adakan di kawasan yang berlainan daripada yang kebiasaannya. kali ini program ini di adakan di Sudut Pidato, bedekatan dengan FEP dan bersebelahan dengan PTSL.
(Skuad Demo UKM)


Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM juga turut tidak ketinggalan dalam mengadakan persembahan pada minggu tersebut. PSSCUHUKM akan mengadakan persembahan pada Hari Khamis antara jam 12.30 - 1.00 tgh hari (InsyaAllah).

sekiranya ada kelapangan datanglah memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

Silat Cekak Hanafi Maju bersama Artisukma UKM.

February 02, 2010

selesai Misi Pangkor

Salam

Tahniah kepada jawatankuasa penganjur Kembara Muhibbah Mahasiswa, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM kerana berjaya menganjurkan program "Group Binding"

teknik2 mempertahankan diri di dalam air


water confident?



jap lagi kite potong balak yg besar


bina khemah sendirian


semua barang angkat turun


kumpul ramai-ramai


angkat barang-barang anda


koleksi cantik


semoga program-program sebegini boleh diteruskan lagi, insyaAllah.

January 30, 2010

Misi Ke Pangkor

Silat Cekak Hanafi: Misi ke Pangkor







berkumpul di Pusanika



mengisi borang jamin diri




sangat rajin yer... haha

pihak kami akan update lagi pada masa akan datang.

tarikh aktiviti :

29-31 Jan 2010

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management