September 05, 2009

Majlis berbuka puasa bersama ahli Silat Cekak Hanafi UKM







Pada 4 September 2009 bertempat di ruang makan Zar Bakery Pusanika UKM, ahli Persatuan Silat cekak Ustaz Hanafi UKM mengadakan jamuan berbuka puasa bagi mengumpulkan kembali ahli-ahli dan Exco SCH UKM. Kebanyakan mereka merupakan ahli tamat dan juga exco yang jarang bersama pada kelas latihan. Tujuan utama adalah untuk merapatkan kembali hubungan antara ahli persatuan ini. Majlis yang diadakan adalah secara kecil-kecilan, namun kegembiraan jelas terpancar kerana dapat bertemu sahabat handai.


Majlis tersebut berjalan dengan lancar, dengan pelbagai juadah yang disediakan sendiri oleh ahli-ahli SCH yang hadir.


Majlis ini merupakan satu platfom ke arah merapatkan lagi ukhwah sesama ahli SCH. persatuan dapat merangka lebih banyak program seperti ini yang sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli SCH. Alhamdullilah semua tetamu yang datang pulang dengan hati yang gembira.


Terima Kasih kepada yang sudi hadir....

2 komen dari....:

pecinta_Islam said...

salam..silat best...dlu pun sy join silat jgk..bermula drjh 1 smpi drjh 3..sy join ad martial art academy.prnh dngr x?tp silat ni xfames sngt sbb x de cawangan.dia la pengasasnye..silat campur tomoi..nama dia awang daud.asal kedah..pas dia pindah kedah balik sy join silat gayong smpi form 5..skrng kt u join taekwondo..hmm..taekwondo lbh bnyk sparing berbading silat.hehe..tp bila sy kedua-duanya,bg sy dua2 ada kelebihan masing2.nk ckp taekwondo lemah x jgk.hehe
:)

Fathi Adha said...

setiap seni bela diri ada hikmah tersendiri... apabila kita mempelajari seni bela diri, carilah senbi bela diri yang boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja.

yang membezakan silat dgn seni bela diri luar nagara adalah silat lebih ke arah bangsa Melayu dan Pusaka Melayu. penerusan dlm silat seperti meneruskan pusaka Melayu...

Belajar mana-mana seni bela diri adalah sgt perlu krn "menjaga diri itu perlu bg umat Islam"

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management